In the name of Allah,most gracious,most merciful

20091126

dua tiga patah aje

Salam

sempena malam aidiladha yang mulia ini,
ingin saya menulis sepatah dua kata.

ok. dah. lebih dua kata. cukup.

heh. mana boleh, maka kita tukar ayat tersebut dengan ini ingin saya menulis dua-tiga patah beribu-ribu kata. lebih sesuai bukan?

memandangkan exam telah tamat siang tadi (YAHOOO. eh. silap. ALHAMDULILLAH ;))
maka izinkan saya menulis entri ini sesuka hati saya. ape benda penulis mengarut ni bukan ke selama ni dia memang tulis sesuka hati dia aje? brrr.(sambil tiru trademark kokakola)

tajuk utama pada hari ini ;

TIPS MENGELAKKAN DIRI DARIPADA PERAGUT JAHANAM

sebagai seorang yang berpengalaman dalam bidang ini (ehh saya bukan peragut tapi mangsa ragut ok) , maka ingin saya memberi beberapa peringatan kepada kaum hawa yang saya kasihi sekalian.

  • pertama sekali, kalau tak nak kena ragut, tak payah bawa beg tangan. ini tips yang paling mudah.
  • kemudian, pastikan handphone disimpan di dalam poket anda. ini bagi memudahkan kerja-kerja bermesej bersama kekasih hati anda meminta pertolongan.
  • wang yang banyak haruslah disimpan di dalam poket, maka beg tangan anda hanyalah hiasan semata-mata dengan dompet yang tinggal sekupang dua kupang. biarlah beg anda gucci original mahupun burberry siam mahupun beg plastik, adalah bagus sekiranya anda meminimumkan pengisian barang-barang penting seperti rantai emas, cincin berlian dan yang sewaktu dengannya dalam beg tersebut .
  • jalan berlawanan dengan arus kenderaan! tapi kalau jalan tu dah one-way kena jalan berundur la eh?
  • kepit handbag anda kuat-kuat sekiranya berada di tempat berisiko seperti pada waktu malam, di pasar raya mahupun masa hari raya. tapi harus diingatkan bahawa semua tempat berisiko, termasuklah HOSPITAL BESAR KUALA LUMPUR. (oh hkl, anda sentiasa di hatiku yang hancur. T____T)
  • letakkan batu 10kg dalam handbag anda. HARHAR . tipu aje. beli beg anti-snatch handbag jika mampu. bagus untuk kesihatan.
  • bawa senjata kecil seperti gunting, pepper spray dan kunci. lalu cucukkan sahaja ke badan peragut sehingga dia menjerit "AUWWW!! SAKIT LA YOU!" sekiranya berkesempatan.
  • sangkutkan handbag anda di tepi berlawanan dengan jalan. for example kalau jalan raya berada di kanan anda, maka sangkutkan beg di kiri anda.
  • sekiranya di tempat letak kereta tertutup, keluarkan kunci kereta dari dalam beg siap-siap sebaik keluar daripada lif bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini. sekurang-kurangnya kereta anda terselamat juga.
  • tips lain? pandai pandai lah anda semua cari sendiri. HARHARHAR.

seterusnya,

apa yang harus dilakukan sekiranya anda "ter"menjadi mangsa??

  • jerit sekuat-kuat hati meminta tolong. jangan pergi jerit sumpah seranah kat peragut tu seperti "hoi setan mangkuk ayun kau jangan lari!!"
  • kalau geram juga, istighfar laju-laju, doa agar si peragut mati eksiden sebab speed laju sangat. baru padan muka. huh!
  • sekiranya gagal menyelamatkan beg anda, pergi laporkan kepada balai polis berdekatan. ingat nama kawasan kejadian serta pukul berapa ianya berlaku.
  • beri amaran kepada polis yang menerima laporan supaya jangan menggunakan nombor telefon mangsa untuk main-main miss call dan hantar mesej "Hai awak, saya polis yang tolong awak semalam tu. Boleh kita berkenalan?" . ini namanya polis miang buluh. sejak itu saya sangat tidak respek akan encik polis zaman sekarang! T____T
  • telefon bank bagi membekukan kad atm serta kad kredit yang ada. jika tidak si peragut dengan sesuka hatinya mengswipe kad anda sehingga beratus-ratus ribu ringgit jumlahnya (berdasarkan kisah benar)
  • segera buat i/c, lesen serta kad-kad yang penting secepat mungkin. tak secepat mungkin boleh jugak lagi nipis dompet anda sebab cuma diisi dengan laporan polis tersebut sahaja. AHA. jangan lupa buat beberapa salinan laporan polis untuk diberi bersama ketika membuat i/c, lesen serta kad-kad berkaitan (i/c serta lesen tidak akan dicaj sekiranya hilang diragut)
  • lupakan kejadian yang telah berlaku. jangan terlalu trauma. dan jadikan pengajaran untuk masa akan datang.

bagi saya, memang dah tak trauma, cuma geram, mungkin.
honda wave wrs8154 kau memang *&^%$#@!

grrr. dan juga brrrr.

maka dengan ini saya ingin mengucapkan salam aidiladha kepada semua umat Islam.

sekian,
wassalam.

1 comment:

Si budak Aboi said...

hehehe

slmt hari raye korban !

*hati2 ok!