Salam
kenapa saya rasa saya begitu senang hendak berkawan dengan orang berbangsa india
dulu-dulu, masa kecik-kecik, uncle india driver bas sekolah masa tadika yang entah apa nama dia saya pun lupa suka melayan saya. kejap kene cubit pipi. kejap dia dedicate lagu hindustan apa entah. kejap dia geletek-geletek. kat orang lain dia tak buat pun. kat saya aje dia menggatal. gangguan fizikal betul. selamat saya kecik lagi kalau tak memang masuk lokap ah uncle tu sebab buat sexual harassment. HAHA.
masa tadika tak payah cakap la berapa ramai kawan-kawan india serta cikgu india. sebab itu masa umur 6 tahun saya jadi gadis hindustan yang menari lagu tamil. amat jai ho sekali. hebat tak hebat.
lepas tu bila masuk sekolah rendah, mula berkawan rapat dengan satu-satunya murid berbangsa india dalam batch. Namanya cantik, Pooja Rani. Orangnya juga cantik, persis heroin hindustan. boleh kalah Kajol. tapi tak lama lepas tu dia pindah, dan sekarang sudah lost contact. Pooja, di mana kamu? Saya rindu amat pada kamu. :(
sekarang kat tempat saya parking pagi-pagi masa nak pergi kelas ada seorang brader india yang jadi jaga parking kat situ suka sangat sakat saya. setiap hari mesti dia nak jugak kenakan saya. setiap kali lepas dia tolong guidekan saya adjust parking mesti nak suruh saya turunkan tingkap sebab nak kacau. dia suka tengok saya pakai shades sebab hatinya bisa bergetar bila melihatku. HAHA. ok ada sedikit kemelampauan di situ. katanya dia suka tengok sahaja. malah siap kenyit-kenyit mata haiyoh you ni menggatal tau! HARHARHAR. kadang-kadang menyampah tapi layankan sahaja. kita mesti jaga hati peminat. KAHKAH bajet hot ahh kau. T____T
maka sekian sahaja. harap-harap jodohku bukan dalam kalangan kaum mereka juga. Amin T____T
fullstop.
wassalam~
No comments:
Post a Comment