In the name of Allah,most gracious,most merciful

20100516

awas, entri meleleh air liur .

Salam

mama cerita, sejak saya dalam perut mama lagi saya dah kuat makan.
dah la mengidam makanan-makanan unik, makanan kampung, sedangkan masa tu tinggal kat bandar. mana nak cari hah?

tapi sebab taknak anak daranya yang sorang ni dok meleleh leleh air liur masa baby, maka mama dan abah gigihkan juga mencari makanan yang diidam.

maka merantaulah empat beranak ke kampung halaman di kelantan, untuk mendapatkan ini ;



makhluk apakah ini?

namanya umbut kelapa, bahagian pangkal batang kelapa yang masih muda.

maka pada tahun 1990, baby dalam perut yang mengada-ngada nak makan umbut kelapa ni telah mendorong tok wan untuk menebang pokok kelapa, semata-mata nak dapatkan bahagian ini. susah kan?

tak ada taste betul baby ni. nama je mengandung kat bandar. taste nak makanan kampung. sah-sah jadi gadis "bandung" bila besar.

bagi yang mengenai umbut kelapa, tahniah diucapkan.
bagi yang tak kenal, maka kita buat sesi ice-breaking sekarang juga.



rupa bila dipotong. yummy! :D

umbut kelapa bewarna putih kekuningan, rangup-rangup lembut lagi enak, sesuai dimakan begitu sahaja ataupun dimasak secukup rasa macam ni ;



umbut masak lemak. terbaik! :D

bagi yang suka makan rebung, mesti suka makan umbut jugak, tapi umbut ni rasa lagi best, lemak-lemak manis sikit. kena pulak masa lemak. memang umpphh!

sekarang dah tahun 2010, 20 tahun dah peristiwa itu berlaku, si gadis tetap suka makanan-makanan kampung. sebagai seorang yang mempunyai darah campuran siam dan jawa, maka makanan yang boleh ditelan oleh si gadis ialah universal. dari sepedas sambal belacan hinggalah semasin budu, ataupun semasak ikan goreng hinggalah ke sushi mentah, semua dia telan, semua dia bantai. kalah tong sampah.



sayur keladi masak asam


nangka muda masak lemak


botok-botok ikan


tempe itu wajib!


pucuk ubi masak lemak


terung masak sambal


kerabu


gulai tempoyak


semua jenis ulam : ulam raja, kacang botol, pegaga, dan yang sewaktu dengannya bersama sambal belacan

pernah sekali sebab obses sangat dengan sambal belacan, semua benda nak makan dengan sambal belacan. kfc mashed potato pun nak campur sambal. HAHA


atau ulam makan dengan budu+tempoyak




unagi. belut. HAHA.

sangat best bila lidah, tekak dan perut boleh terima semua jenis makanan. tapi, tak semua jugak. sebab makanan dan minuman yang paling simple pun saya tak dapat telan :



susu. tengok je pun dah rasa muak nak muntah. T____T


milo . jangan tanya kenapa.


labu kuning . dah muak kot dulu.

ahh, cakap pasal makanan, tengah-tengah malam buta macam ni boleh pulak termengidam tako.


i want you tako. i want you.


patut la asal cuti je jadi gemuk, gemuk dan gemuk. fullstop.
wassalam~

4 comments:

Ahmad Shafik said...

meleleh siot aku tgk......=p
dah r lapa mlm2x buta camni

Nur Ali said...

wow fawani,
basically u eat what i dont eat.
except for the otak2 ikan and gulai tempoyak.i love those!

:)

nasrultukiman said...

uhh...ko berbeza ngn ak fawaw...ak x reti makan sayur, kecuali sayur tu masak lemak...lagi2 pucuk ubi masak lemak..perghh..sure meleleh..

fawani said...

shafik : haha.kan tajuk entri dah bagi warning awal-awal ;p

aya : hee.i mmg pelik sikit. ehh. banyak. otak2 ikan n gulai tempoyak mmg best!!! :D

jawe : perghhh. mmg2. sayur sume aku makan cume labu kuning je. entah nape xleh mkn dah skrg.dlu mmg faveret la. dah muak kot. =___="