In the name of Allah,most gracious,most merciful

20100523

karangan panjang, semoga berbaloi baloi

Salam

bila mula sibuk dengan sesuatu benda, blog memang diabaikan. dianak tirikan.
sila jangan contohi perlakuan sebegini. tak bagus untuk kesihatan.

maka ayuhlah kita berstory mory mengembalikan zaman kegemilangan isi kandungan blog ini.

**********************************

sejak kecik-kecik lagi si gadis sudah berangan nak jadi usahawan. nak bukak bisnes. nak jadi kaya raya. nak kahwin dengan putera raja.


dulu paling suka princess dalam beauty and the beast. taktau kenapa.


err. abaikan statement yang terakhir itu. biasa lah budak-budak. suka berangan jadi princess. lepas tu berangan putera raja datang naik kuda warna putih lepas tu bawak princess naik kuda lepas tu naik kuda sama-sama lepas tu pergi istana lepas tu kahwin lepas tu hidup happily ever after. fullstop.

masa kecik-kecik dulu siap ada mainan cashier machine. main tekan-tekan lepas tu laci cashier terbukak lepas tu bagi la duit baki. duit pun setakat syiling satu sen lima sen. main jual-jual barang dengan adik beradik. sungguh comel sekali kami waktu itu. sekarang dah tak comel dah. T____T

lagi masa dulu-dulu kami kumpul tiket. segala tiket. tiket parking, tiket taman tema, tiket flight, voucher barangan bayi, semua kami balun. penuh satu kotak forerro rocher. suka kumpul sebab boleh rasa kaya. sebab kan kat tiket tu ada tulis berapa ringgit nilai dia. konon-konon tu jumlah duit yang ada la. tapi masa tu cuma reti tengok nombor, kira tak pandai lagi. sepuluh ringgit sebut satu tambah kosong ringgit. baca nama Dr Mahathir sebut Dr Matahari. sungguh, saya begitu slow sekali waktu itu. =____="



Tun Mahathir.
anda umpama matahari yang menyinari hidupku.
you are my idol.


lepas tu faveret kami main saidina. ala, monopoly version malaysia punya. sangat bangga sekali sebab first time main, first time saya menang. HARHARHARta karun. ya ana dah jadi saudagari lah. tapi sekali tu jela. lepas tu kalah memanjang.

masa itu saya sedar saya harus bersyukur dengan setiap yang ada. orang tamak selalu rugi. sebab tu saya kalah.

masa tu jugak kat sekolah siap berdebat dengan cikgu, kenapa pantun dua kerat cakap siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri? apa kaitan ikan siakap, senohong , gelama, dengan perbuatan mencuri? rupa-rupanya itu cuma pembayang sahaja. itu la. cikgu tak habis ajar lagi suka sangat menyampuk. =____="

masa sekolah rendah, suka join hari kantin. tolong cikgu. err. tolong beli jela tapi bukan jual. HAHA. tapi ada jugak masa tu buat dan jual sandwich sardin dengan telur. masa tu mula belajar masak sikit-sikit.

lepas tu kelab ada buat sesi belajar masak nasi goreng. saya bawak daging ayam potong-potong yang mama dah potongkan kat rumah. sampai sekolah masak sama-sama dengan cikgu. lepas tu guru penolong kanan masuk melawat kami tengah masak. dia cakap "lepas habis masak boleh la bagi cikgu makan kan?" ujarnya. lalu beliau pergi meneruskan kerja di bilik guru.


lebih kurang macam ni la nasi goreng yang kami masak

bila dah siap masak, saya dan sorang kawan lagi pergi bubuh dalam pinggan, pergi bilik guru, jumpa guru itu untuk mempersembahkan masakan kami. tatkala saya memberi pinggan itu kepada cikgu, dengan spontannya saya cakap "SERINGGIT CIKGU!" . padahal cikgu yang mengajar kami masak tak suruh mintak bayaran pun. pepandai je saya.maka berdekah-dekah cikgu gelak. bila teringat balik alahai malunya. HAHA. tapi cikgu itu best. dia bagi lima ringgit sebab kami comel sangat kot. HAHAHA. kecik-kecik dah pandai nak berbisnes.

masuk tingkatan satu, belajar kat mrsm. masa lower form tak dapat masuk persatuan usahawan muda. tak kisah lah. sebab ingat malas nak menjual.

sekali, tangan ni gatal. ada aje benda nak jual. masa kat rumah, tengok kat supermarket ade jual tisu paket. comel. kartun warna-warni. bunga-bunga. wangi pulak tu. beli lepas tu bawak balik asrama. malam-malam pergi la lelong tisu wangi comel-comel seringgit sepeket. laku kot. biasa la. kanak-kanak lagi. suka beli benda merepek. HAHA.


macam ni la rupa tisu dia.

tak lama lepas tu, ada kawan nak poskad dari kuala lumpur. sebab kebanyakan datang dari negeri lain. jadi balik cuti, borong poskad banyak-banyak. ada yang gambar klcc, ada gambar menara kl, ada gambar tasik titiwangsa. bawak balik asrama lepas tu jual. see, benda simple, untung sikit-sikit jadi la. lepas la jugak nak bergayut dengan mama lama-lama sikit kat public phone.

bila besar sikit, dah pandai bisnes yang besar-besar sikit. masa tu public phone empat biji kat asrama perempuan tu jela tempat kami mengadu dengan orang tersayang iaitu keluarga. duit syiling masa tu hampir pupus kat maktab. pergi la cafe. pergi la koop. semua kedekut duit syiling. sebab nak buat call pakai payphone. HAHA.

disebabkan ke'desperate'an untuk mendapatkan duit syiling, maka ramai yang menggunakan kadfon atau i-talk. tapi selalu habis stok. masa tu muncul idea jual kad i-talk pulak. berbekalkan modal pusingan yang mama berikan, kami anak beranak pergi borong kad-kad tersebut secara borong di pusat TM , lepas tu bawak balik asrama, jual, jual dan jual. mula rasa nikmatnya rezeki menjual. sangat addictive. betul! menjadi tokei kad-kad tersebut sehinggalah tamat sekolah



ini pun. semua habis!


masuk upper form memang dah masuk PUM, jadi aktiviti menjual sekian-sekian-sekian lah ala korang pun budak mrsm jugak mesti dah tau kan apa yang selalu dijual kat maktab.

habis sekolah, sementara masuk kolej, tangan menggatal lagi. nampak website jual topup. click punya click, sekali ter proceed pulak. jadi la agen topup. sampai sekarang masih lagi meneruskan aktiviti. tak banyak untung pun. lepas la jugak duit nak subsribe report EPL maxis. HAHA.

habis kmkn dan miat, cuti panjang. mula terdedah kepada online banking. online selling. online shopping. tapi masa tu fikir online shopping je. tak terfikir online selling. sebab tak tau nak cari barang kat mana.

sekarang bila dah habis unikl, cuti panjang lagi. macam biasa tak boleh duduk diam. mesti nak kena buat something jugak. mula kumpul contacts supplier. mula dealing dengan mereka. sampai la ni buat kerja ni jela. sekarang nah penuh inbox facebook. tu yang tak terupdate blog. hee.

mungkin anda lihat saya ni gila bisnes.
mungkin anda lihat saya ni macam asyik nak kejar duit je
mungkin anda lihat saya ni suka jadi tokei

tapi nak buat macam mana. this is my PASSION. ^___^
dah memang jenis yang suka menjual.
lagipun Rasulullah pernah bersabda, 9/10 rezeki datangnya dari berniaga kan? ^_^
selagi tak melanggar batas-batas agama dan penyelewengan, insyaAllah, rezeki berniaga itu ada di mana-mana.

maka saya menyeru anda semua untuk membeli koleksi terbaru di bawah. sekian terima kasih.
HAHA. ada ke tulis panjang-panjang sebab nak promote stok baru kat bawah ni. tak patut sungguh! XD

RM25/piece! (free size)


elegant black
1 available


pure white
2 available


stunning red
2 available


lullaby purple
1 available


electric blue
2 available


berminat, tinggalkan komen. ;p
wassalam~