In the name of Allah,most gracious,most merciful

20100820

bekal bukan setakat budu paket

Salam

hari ni dah 20 Ogos, 10 Ramadhan, tinggal 2/3 bulan aje nak puasa,
tak sampai sebulan dah kami nak pergi jauh.

sebut pasal nak sambung belajar kat negara orang, semua dok sibuk fikir nak beli beg tarik besar kaler faveret masing-masing, nak beli kot hak bulu bulu ka hak pemecah angin ka hak tak ada angin la, nak beli rice cooker la stok maggi setahun la stok budu peket nak bawak pi sana la(che ni darah klate meme make budu jadi memang wajib bawak la ;p). macam-macam lagi la! memang seronok nak shopping tapi berpada-pada la. ikut kemampuan duit ada banyak mana ye dak?

tapi kita selalu terlupa benda-benda yang lebih PENTING.

kita mulakan contoh dari awal la mudah,

contoh satu :
di saat-saat kita naik flight, punya la berjam-jam kena bertapa. nak-nak kalau budak fet satu batch yang conquer, memang haru biru la flight attendant nak layan kita. borak-borak, makan-makan,tidur,dalam otak dah terbayang bila landing nak terus pakai jaket hak bulu bulu yang korang dah beli tu tapi tak boleh sebab wajib pakai kot mara. mungkin ada yang menangis lagi dok teringat pakwe pakwe awek awek yang kena tinggal kat malaysia, tapi takde la pulak nak menangis sebab kena tinggalkan mak bapak kan? nak guna handphone (kononnya nak cari ketenangan nak call awek) tak boleh, internet pun tak ada, bila bateri mp3 habis ,lepas tu tak tau dah nak buat apa, boleh mati kebosanan agaknya.

contoh dua :
lepas tu bila kita kat sana nanti, surau bukannya ada kat merata tempat, lagipun dah biasa kan kalau kat luar negara tu tengok orang solat kat atas padang dikelilingi bunga-bunga berwarna warni, itu kalau waktu summer la. kalau winter, solat atas salji pun boleh jugak. lepas tu ada fikir tak, macam mana nak cari arah kiblat kalau kita dah dekat kawasan macam tu? nak tanya orang lain, banyak omputih bukan agama kita, tak ada guna jugak.

contoh tiga :
negara omputih, biasalah, dalam toilet tak guna air. jadi memang kena sentiasa bawak air la dalam beg kalau boleh. tapi kalau tiba-tiba air dah habis, masa tu tengah travel kat mana-mana tempat lain pulak yang memang tak ada sumber air langsung, cara yang tinggal untuk angkat hadas kecil sudah tentu la bertayammum. tapi selalu diri tu tak yakin nak tepuk debu dari tanah mana. yela, kot-kot tengah tepuk tepuk sekali nampak ada anjing dok melepas baik punya depan mata hang, terus jadi tak yakin nak bertayammum.


berdasarkan ketiga-tiga konflik di atas, pernah tak kita terfikir untuk bersedia mencari jalan penyelesainnya dari sini lagi? che memang mengaku, memang che tak terfikir langsung. mujur mama tersayang membawa anaknya ini membeli barang keperluan yang terpenting itu.


berikut adalah penyelesaiannya,

untuk contoh satu :
daripada dok melayan perasaan macam tu, apa kata kita buat pahala sekali? ada masa ni nanti pergi kedai yang jual buku-buku agama yang dekat dengan rumah masing-masing , cakap kat pakcik yang menjual tu nak tafsir Al-Quran version kompak punya. hak saiz comel tu. siap ada macam-macam kaler lagi tu.





kalau yang tak sempat pergi kedai, boleh order online, kat quranonline2u.com
dengan adanya bekalan ini, semoga Allah memberkati perjalanan kita :)


untuk contoh dua :
lain tempat, lain la kiblatnya. jadi, lepas dah pilih Al-Quran yang korang nak kat kedai tu, tanya pakcik tu lagi, ada tak kompas kiblat?


lebih kurang macam ni la set dia



close up view

kompas ni universal, satu dunia boleh pakai. kat ceruk mana-mana pun boleh.insyaAllah dah tak tersesat arah dah lepas ni :)

oh, hak ni che tak jumpa kalau online boleh beli mana. sori naaa.


untuk contoh tiga :
maka pakcik tu pun dah hulur la kompas kiblat tu, lepas tu pakcik tu tanya "nak bayar dah ka?". cakap belum lagi, ada lagi barang nak beli. tanya pakcik tu, debu tayammum ada tak?





ada dalam macam macam bentuk lagi, yang che beli dalam botol plastik, yang macam botol panadol kaler putih tu. tengok la kedai tu ada yang jenis mana.

kalau tak ada jugak, boleh beli sini



dah cukup semua, kalau rajin tambah-tambah la lagi apa-apa. apa salahnya berbelanja lebih sikit untuk benda-benda ni, tak rugi pun kan?

oh, sek kito, kat supermarket kedai che ni ada jual budu paket macam paket sos cili mekdiy.
mudah, tak payah bawak botol budu cap ketereh berat-berat dah. ;p

sekian,
selamat berpuasa dan selamat berbuka,
serta selamat terawih :)

tak lupa juga selamat buat kuih raya untuk kaum hawa ;p


wassalam~

5 comments:

Izzati Ellyani said...

i'm so agree with u fawaw. bekalan utk akhirat jgn lupa jugak. especially tafsir al-quran and kompas kiblat. bwk jugak sejadah kecik kot2 nak smayang kat lake garden ke. hehe. lg satu, my senior ade gtaw psl khuf. mcm menarik je.

Nur Ali said...

selalunye ade sink.boleh wudhu dgn cara menyapu khuf.tapi jgn bagi basah lantai dah le, nnt macik2 toilet bising.hehehehe

amik wudhu simple je.basuh muka, tangan, calit sket rambut, sapu khuf.rambut just bagi kena 3 helai rambut ok dah.cani takyah bukak tudung pun takpe :)

just sharing.happy flying dear fawani!

Anonymous said...

salam fawani..

ni che nak habaq..

kalau hang free.. hang cuba cari buku ni

Fikah Luar Negara, karya Maszlee Malik terbitan buku PTS Publication

Haa buku ni mmg sangat berguna la buat kita.. macam2 dia terang kan :)

kalau nak cari cube cari dekat Fajar Islam Bakti.. kalau tak silap area Jalan TAR :)

selamat berflyingg

fawani said...

izzati : yup2. betul2. haa tu aya dah explain dah. hehe :D

aya : yup,dulu ustazah ada ajar jugak. almaklumla masa tu maktab kitorang takde air berbulan-bulan, jadi dlm keadaan air yg terhad, ambil wudhu mcm tu pun dah memadai :) anyway thanks for sharing! :D kalau ade pape cerita tambah2 la lagi! :D

iera : salam. yup2. tengah mencari juga. haritu pun senior2 ade suruh bace jugak. insyaallah ade rezeki dpt la bace :) . anyway selamat berflying jugakk!! :D

Unknown said...

budu peket 50 ketul...
baru sedap sek kito make nasik
hahaha