In the name of Allah,most gracious,most merciful

20101015

Al-Fatihah

Salam

Malam raya....

Gadis : Atokk..raya ke-4 nanti farah nak pergi dah..sambung ngaji kat england!

Si gadis tujukan ayat itu kepada nenek yang sudah tidak sekuat dahulu, bedridden, kehidupan hariannya memerlukan bantuan orang. Hanya kerdipan matanya masih bergerak, tutur katanya pula antara dengar tidak dengar, hanya senyuman dan matanya mampu mengekspresikan apa yang dirasanya..hidupnya kembali umpama bayi..

Tok Mak ternganga mendengar. Riak matanya memberi maksud sedih.

Gadis : Takpe tokk...nanti tahun depan farah balik, kita jumpa lagi yer...mmuuaahh mmuaahh! *sambil mencium pipi atok*

Tersenyum riang seorang nenek mendengar kata-kata cucunya akan pulang menjenguknya.



Tetapi Allah lebih menyayanginya, tak sempat untukku kotakan janji-janjiku itu.


Hari ini, jam 3.45 pagi , atau jam 10.45 pagi waktu Malaysia, ku tersedar daripada lenaku. Seakan-akan ada sesuatu yang tak kena.

Jam 5.21 pagi, terima sms dari Mama, 'Emak baru saje meninggal'...



Al-Fatihah

Di pagi Jumaat yang mulia,
Semoga Allahyarhamah Hajah Zainah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.


Rasa nak peluk mama. Rasa nak cium dahi arwah sebelum kebumi. Tapi tak dapat. Tak mampu. Nak kirimkan diri sendiri balik ke Malaysia memang tak mampu.Hanya bacaan Surah Al-Fatihah & Yaasin yang dapat dititipkan...

Dugaan belajar di luar negara,
Ya Allah kuatkanlah semangatku untuk hari-hari yang mendatang..

wassalam~

(p/s: Our path is the same. Now it is fair. I feel you.)

6 comments:

Syed Zulhilmi said...

salam takziah dariku

Izzati Ellyani said...

salam takziah fawani. be strong.

shikin shariff said...

fara,takziah.. sabar yer.. take care..

iEykA-cHikA said...

takziah ... be strong yeah ! =)

Hafizam Mahat said...

takziah...be strong...

Aku Syah said...

salam takziah sis fawani.. be strong always..