In the name of Allah,most gracious,most merciful
Showing posts with label online. Show all posts
Showing posts with label online. Show all posts

20090606

suka.warna.warni

Salam.

do visit suka.warna.warni people! :)
just click the picture below



wassalam~

20090517

teaser ?

Salam.


pagi, timbang berat badan, naik 1 kg.
cis!

akibat makan malam kat cheng ho la semalam.(err.bukan cheng ho tempat ieda kerja yer.ni yang kat kl yang amy search punya tu.)

tapi tak apa.naik 1 kg pun tak kisah lah sebab makan malam tadi memang sedapp!
terima kasih ya pasangan pengantin baru kak fizah & abang mustaqim sebab sudi belanja.
(tambah2 lagi ada orang belanja.patut la makin sedap.ngehehe)

itu prelude sahaja, berita selanjutnya di bawah :

teaser.



apakah ini?
kamu tak tahu?
saya tahu, tapi sengaja buat-buat tak tahu.wahaha.
biarkan menjadi misteri dahulu.

sekian, yang sengaja nak buat surprise kononnya.
wassalam~

(note : apakah penulis tidak betul pergi simpan mesej sms banyak-banyak dalam inbox handphone selama sebulan lebih sampai inbox dah cecah 600 lebih. =___=" *itu pun penuh dengan mesej football report dan the star sms alert news sahaja.hwahwa.*)


20090511

kau ingat kau boleh TIPU aku ke hah?

Salam..

pertama kali penulis meletakkan tajuk entri yang begitu kasar bahasanya.
tetapi, memang kenyataan.

entri ini khas ditujukan kepada orang ramai yang menggunakan urusan bank secara online seperti maybank2u, cimb clicks dan sewaktu dengannya.

penulis telah menerima email ini :


klik pada gambar untuk imej yang lebih besar.


amaran keras :
Mengikut kata maybank2u.com (yang asli) , jangan sesekali LOGIN melalui email anda.
(maksudnya link seperti di atas)

bila klik linknya, akan keluar ini :


maybank2u TIRUAN yang mempunyai url : http://70.155.7.189/1/?https://www.maybank2u.com.my/mbb/m2u/common/M2ULogin.do?action=Login/
(rujuk bulatan merah dan bezakan dengan gambar di bawah)



maybank2u ASLI yang mempunyai url : https://www.maybank2u.com.my/mbb/m2u/common/M2ULogin.do?action=Login



amaran keras no.2 :
Sila pastikan laman web maybank2u itu benar-benar yang ASLI. Jangan tertipu!

kerana, jikalau anda 'ter'login melalui maybank2u tiruan itu, jawabnya selamat jalan lah kepada duit di dalam akaun anda itu.(sebab pihak mereka sudah mendapat maklumat username dan password, maka dia akan memindahkan wang akaun yang ada)

maka, penulis ingin membuat pesanan khas kepada pemilik/pereka maybank2u tiruan itu :


Kau ingat kau boleh tipu aku ke hahh???
*padan muka kau tak dapat tipu aku.huh!*

kesimpulan :
berhati-hatilah ketika melayari internet. sekarang di yahoo messenger pun sudah banyak spam yang memecah masuk akaun pengguna ym.

bukan sahaja di alam maya sahaja, di ruang nyata juga ramai yang bijak berbicara manis dengan muslihat yang kejam disebaliknya.

sekian,
wassalam~

(note : mujur security di firefox ini sangat peka. jangan risau, sekarang link maybank2u tiruan itu telah pun diklasifikasikan sebagai DANGEROUS CONTENT)