pertama kali penulis meletakkan tajuk entri yang begitu kasar bahasanya.
tetapi, memang kenyataan.
entri ini khas ditujukan kepada orang ramai yang menggunakan urusan bank secara online seperti maybank2u, cimb clicks dan sewaktu dengannya.
penulis telah menerima email ini :

klik pada gambar untuk imej yang lebih besar.
amaran keras :
Mengikut kata maybank2u.com (yang asli) , jangan sesekali LOGIN melalui email anda.
(maksudnya link seperti di atas)
bila klik linknya, akan keluar ini :

maybank2u TIRUAN yang mempunyai url : http://70.155.7.189/1/?https://www.maybank2u.com.my/mbb/m2u/common/M2ULogin.do?action=Login/
(rujuk bulatan merah dan bezakan dengan gambar di bawah)

maybank2u ASLI yang mempunyai url : https://www.maybank2u.com.my/mbb/m2u/common/M2ULogin.do?action=Login
amaran keras no.2 :
Sila pastikan laman web maybank2u itu benar-benar yang ASLI. Jangan tertipu!
kerana, jikalau anda 'ter'login melalui maybank2u tiruan itu, jawabnya selamat jalan lah kepada duit di dalam akaun anda itu.(sebab pihak mereka sudah mendapat maklumat username dan password, maka dia akan memindahkan wang akaun yang ada)
maka, penulis ingin membuat pesanan khas kepada pemilik/pereka maybank2u tiruan itu :
Kau ingat kau boleh tipu aku ke hahh???
*padan muka kau tak dapat tipu aku.huh!*
*padan muka kau tak dapat tipu aku.huh!*
kesimpulan :
berhati-hatilah ketika melayari internet. sekarang di yahoo messenger pun sudah banyak spam yang memecah masuk akaun pengguna ym.
bukan sahaja di alam maya sahaja, di ruang nyata juga ramai yang bijak berbicara manis dengan muslihat yang kejam disebaliknya.
sekian,
wassalam~
(note : mujur security di firefox ini sangat peka. jangan risau, sekarang link maybank2u tiruan itu telah pun diklasifikasikan sebagai DANGEROUS CONTENT)
3 comments:
aku lagi slamat... xde akaun maybank... klu die send gak kat aku psl mel bodo nih aku gelak kuat2 la nnt... haha...
pisyek dot com ---> aDe aPe???
haha.
itu la.
ade gak dgr citer yg xde akaun pn kne gak.
haha
Kau ingat kau boleh tipu aku ke hahh???
fuhyioo... garang lah fawani nie..
hehehhe... =D
Post a Comment