mesti ada yang tak tahu apa 'itadakimasu' kan? (disebut : "ee-tah-dah-ki-MAHS.")
itadakimasu ni macam ucapan sebelum makan digunakan oleh masyarakat jepun yang bermaksud "saya dengan berbesar hatinya menerima makanan ini" ataupun dalam erti kata yang mudah : jom makan!
ok.kenapa tiba-tiba penulis ber ee-tah-dah-ki-mahs pula ni? kan Bismillah lagi baik.ish3 =___="
sekadar hiasan.kerana hari ini penulis telah berjaya membuat homemade salmon sushi roll (maki).
ya,sushi ! sebagai juadah berbuka puasa untuk diri sendiri hari ini :)
bermulanya idea untuk membuat sushi apabila abah telah membeli frozen smoked salmon sewaktu beliau ke luar negara beberapa minggu lalu.
maka tercetuslah impian serta cita-cita untuk membuat sendiri hidangan kegemaran penulis ini.

sekeping smoked salmon yang begitu panjang.
setelah menimba ilmu mengenai cara-cara menyediakan sushi melalui video-video di youtube selama beberapa hari, akhirnya hari ini terasa hendak menyambut cabaran tersebut.cewaah.padahal sebab tak tahu nak makan apa untuk buka puasa tadi.tu yang rajin nak buat.hehehe.
berikut adalah langkah-langkah menyediakan sushi :
pertama,sediakan bahan-bahannya,
.jpg)
ini namanya nori
berikut adalah langkah-langkah menyediakan sushi :
pertama,sediakan bahan-bahannya,
.jpg)
ini namanya nori
nori merupakan kepingan rumpai laut yang biasa digunakan dalam hidangan sushi. anda bolehlah dapatkan kepingan nori di dalam pek kering di pasaraya berdekatan. macam yang ini saya beli di carrefour wangsa maju berdekatan aisle jajan-jajan. tergugat betul masa nak beli benda ni sebab kat rak opposite ada longgokan jigs perasa keju yang enak. tapi tahan.tahan. jangan beli. diet mana boleh makan jajan. haishh. T.T
.jpg)
semangkuk nasi serta potongan salmon
.jpg)
semangkuk nasi serta potongan salmon
sepatutnya nasi lebih baik jika menggunakan nasi jepun, tetapi memandangkan nasi di rumah penulis memang jenis berkanji yang sedikit lembik dan melekat-lekat, maka sesuai lah juga untuk dibuat sushi. potongan salmon itu pula hanya secebis sahaja daripada sekeping salmon yang panjang dalam gambar pertama.
cukup bahan, cara penyediaan :
.jpg)
nori yang dah dilenyekkan nasi di atasnya.
cukup bahan, cara penyediaan :
.jpg)
nori yang dah dilenyekkan nasi di atasnya.
memandangkan penulis ingin membuat sushi bersaiz kecil,maka nori tersebut dipotong kepada nisbah 3:4 . bagi nasi pula, basahkan tangan dengan air dahulu, kemudian baru ambil nasi dan ratakan di atas kepingan nori mengikut ketebalan yang sesuai. tekan nasi menggunakan jari telunjuk dan jari hantu supaya butiran nasi itu mampat.
.jpg)
salmon here i come!
.jpg)
salmon here i come!
seterusnya, letakkan salmon yang telah dipotong tadi. tekan-tekan sikit juga biar melekat pada nasi. isi bagi sushi bukanlah terhad kepada makanan mentah sahaja, boleh juga kalau mahu letak carrot + timun + telur dadar , ataupun apa-apa sahaja mengikut suka-suka hati sendiri. tapi faveret penulis tetap unagi ataupun eel. dengar macam geli tapi sedap tau. haha
.jpg)
gulung-gulung
.jpg)
gulung-gulung
apabila sudah puas hati meletakkan bahan, bolehlah mula menggulung sushi tersebut.pastikan mampat isi nasi supaya tidak terburai. sepatutnya ada pakai bamboo mat nak bagi isi sama rata dan lebih kemas, tetapi penulis tidak memiliki alat ajaib tersebut. maka hanya jari jemari ini sahajalah yang mampu menjalankan tugas tersebut. ingatkan nak pakai aje tikar bamboo yang besar untuk alas sejadah tu. tapi nanti penyek la pula sushi sebab tikar tu besar sangat. haha
seterusnya, bolehlah potong gulungan tersebut macam hiris bawang. eh. nipis sangat. potong ikut suka kalianlah nak tebal macam mana. tapi penulis potong dalam tebal 1-2 cm sahaja sebab nak ikut spesies HOSO MAKI (thin/narrow roll) . perlu diingatkan pisau tersebut perlu dibasahkan dahulu sebelum memotong bagi melancarkan perjalanan sewaktu memotong sushi. macam pelincir la kiranya. jangan pakai minyak pelincir pula nanti habis sushi boleh masuk dalam kuali buat goreng sebab dah kena minyak. jadi sushireng pula.HAHA
.jpg)
tadaa~
seterusnya, bolehlah potong gulungan tersebut macam hiris bawang. eh. nipis sangat. potong ikut suka kalianlah nak tebal macam mana. tapi penulis potong dalam tebal 1-2 cm sahaja sebab nak ikut spesies HOSO MAKI (thin/narrow roll) . perlu diingatkan pisau tersebut perlu dibasahkan dahulu sebelum memotong bagi melancarkan perjalanan sewaktu memotong sushi. macam pelincir la kiranya. jangan pakai minyak pelincir pula nanti habis sushi boleh masuk dalam kuali buat goreng sebab dah kena minyak. jadi sushireng pula.HAHA
.jpg)
tadaa~
maka siaplah hidangan sushi anda, bolehlah dicicah dengan kicap+wasabi. tapi memandangkan wasabi tak ada kat rumah, penulis ganti dengan sambal kicap lada sahaja. janji ada pedas baru kaw-kaw nak makan. lagipun kita orang melayu kan, makan sambal kicap lada sudah. (ceh.melayu konon. pergi buat sushi makanan jepun tu apa kes? kahkah)
lepas tu jangan lupa pergi beli air jambu pak cu yang sedap tu,buat buka puasa dengan makan sushi . memang nikmat sungguh buka puasa. burp.alhamdulillah, fuh~ :)
itadakimasu! eh. silap. Bismillahirrahmanirrahim. hehehe.
sekian,
wassalam~
lepas tu jangan lupa pergi beli air jambu pak cu yang sedap tu,buat buka puasa dengan makan sushi . memang nikmat sungguh buka puasa. burp.alhamdulillah, fuh~ :)
itadakimasu! eh. silap. Bismillahirrahmanirrahim. hehehe.
sekian,
wassalam~
4 comments:
argh..sushi...sedapsedapsedap.;)
nak satu!
to kak shy :
wee.mmg sdap! leh la try sndri kt umah pkai inti telur n timun or crabstick ke.hehe
to apeng :
amek je la dlm gambar tu.hahaha
sedapnye..!!!!
btw, salmon tu msk ke x..? haha..
Post a Comment