In the name of Allah,most gracious,most merciful

20100410

ciri-ciri menantu idaman

Salam

semalam si gadis berbicara tentang jodoh bersama ibunya tersayang.

anak gadis tunggal dalam keluarga, semestinya ibu bapa mahukan anak kesayangan mereka ini mendapat bakal suami yang terbaik.

si gadis seorang yang akur dengan nasihat ibu bapanya.
maka berikut merupakan ciri-ciri menantu idaman mereka ;

1)Beragama Islam dan elok peribadinya.

2) Mesti lebih tua daripada si gadis. Sebaya dilarang sama sekali. Nanti sama-sama tak matang kata mereka. Tapi bukanlah tua sangat sampai nampak macam bapak dan anak. Tak patut sekali. HAHA.

3) Mempunyai pekerjaan tetap dan stabil. Sudah mampu menyara keluarga. Mempunyai wang simpanan yang mencukupi. Boleh belanja mertuanya makan setiap minggu. HAHA.

4) Ketinggian lebih daripada si gadis. Minimum 175cm memandangkan tinggi si gadis 160cm. Sebab mereka tahu si gadis suka pakai kasut tinggi-tinggi. HAHA.

5) Bukan anak bongsu. Sebab mereka kata manja dan tak berapa pandai nak berdikari. Melainkan dia dapat buktikan walaupun dia anak bongsu, tapi pemikiran tetap seperti anak sulung, maka boleh diambil kira lah kot?

6) Mahu orang jauh. Baru ada feel nak berebut balik kampung masa raya. HAHA.

7) Kalau mampu, siapa mahu jadi BMW di hati ibu bapa i, dia haruslah menyediakan kereta BMW sebagai hantaran perkahwinan. HAHA. acah aje. we're not that materialistic ok.

8) Harus berani untuk bermesra bersama ibu bapa serta adik beradik i. Kelulusan adik beradik si gadis yang terdiri daripada 3 orang hero amatlah penting. The only one ipar lelaki haruslah ngam bersama mereka.


ya, 3 hero utama.


Maka, dalam tempoh masa 3 atau 4 tahun akan datang, konsep best man wins akan diambil kira oleh ibu bapa i. Setiap calon haruslah mengisi borang di samping menyediakan resume. Ini serius. bukan main-main.

Kemudian perlu melalui interview bersama juri-juri terhebat - ibu bapa serta hero-hero mereka. Siapa cepat dia dapat. Dan siapa yang memenuhi kriteria-kriteria di atas mempunyai potensi besar untuk berjaya. Maka sila bekerja keras. HAHA.

Bagi si gadis, kalau ibu bapa dah suka, maka si gadis pun akan automatik suka. Percaya atau tidak dari dahulu lagi, jika ada lelaki mahu berkawan rapat dengan si gadis, si gadis akan meminta kebenaran ibunya dahulu. Jika dia kata no, maka tidak lah jawabnya. Jika dia kata go on, maka boleh diteruskan berkawan. si gadis memang mendengar kata.

Sekarang si gadis dah malas nak fikir.

Maka siapa yang dah mula berangan nak isi borang tu segeralah berbaik-baik dengan ibu bapa si gadis. sebelum orang lain potong line. kang melepas baru padan muka. HAHA.

Kepada bakal suamiku yang saya tak tahu pun siapa dia, sila ambil perhatian tentang perkara-perkara di atas.

Yang ikhlas,



Bakal isterimu yang rajin menolak troli masa beli barang dapur.

Kalau bakal suami mahu perkenalkan saya kepada ibu bapanya, tolonglah hantar gambar ini ok? Nampak rajin sikit di mata bakal mertua walaupun sebenarnya tak berapa nak rajin. HAHAHA.

nampaknya lepas ni si gadis harus perbanyakkan list koleksi masak-memasak gadis di bahagian kanan blog sebagai bukti dalam resume untuk bakal mertua kelak.

fullstop.
wassalam~

4 comments:

Anonymous said...

errr
adakah badan seperti fahrin ahmad dikira bonus??
gila gatal

fawani said...

di mata ibu bapa mungkin tidak, tapi di mata si gadis sudah semestinya bonus! XD

HAHAHA. gatal gila.

nasrultukiman said...

jahat nyer fawani...knape anda racist dgn kami, ahli persatuan anak bongsu sedunia?? huhu T_T

fawani said...

haha.bukan salah saya, itu ayah saya yang tak berapa berkenan. tapi bagi saya bongsu lagi best kot sebab boleh bermanja-manja.meow. HAHAHA XD

ok menggatal squared. memang naek jerawat ah esok. HAHA