In the name of Allah,most gracious,most merciful

20100608

sikit-sikit lama lama jadi gunung everest

Salam

masa kecik-kecik dulu, kami punya la semangat kumpul duit, tak duit kertas duit syiling. nak-nak syiling 1sen.cukup penuh tabung bawak pergi bank lepas tu bunyi la ketang ketung mesin kira duit syiling. err. ok tak ketang ketung la bunyi dia lebih kurang shringggg kot? HAHA. abaikan. kalau korang rajin korang pergi la kumpul syiling banyak-banyak lepastu pergi bank ok?

lepas tu kalau ada pertandingan kumpul duit syiling 1 sen kat sekolah, confirm kelas kami menang. pergi bawak satu tabung hantar kat cikgu. bila menang dapat jajan. tapi bila ingat balik, sebenarnya jumlah duit syiling 1 sen semua tu bila kira boleh beli berdozen dozen lagi jajan. tapi masa tu naive lagi kan. mana fikir pasal duit lagi. cikgu tipu! HAHA XD . haishh. mati che kalau cikgu baca ni.

nak dijadikan cerita, pada suatu hari, mama belikan kami ini :


buku wang saku

buku ni tahun 2000 kalau tak salah. 10 tahun lalu.

cukup empat beradik, setiap sorang ada buku ni. siap tepek gambar pasport. tapi semua dah hancur dijahanamkan oleh siapa tah. err. saya kot? HAHA.



abalong



abangah



budak comel ;p



imi

tiap hari kami kena tulis perbelanjaan kami dalam buku ni. siap compete. siapa paling banyak save dalam tahun tu dia menang.



mingguan punya catatan

bila ada buku tu, semangat nak simpan duit tu lain macam.
sampai jadi kedekut.

tahun tu, aiskrim tolak ketepi. air manis dengan buah yang wak jual buat tak layan aje. sate ikan yang masa tu murah lagi dalam secucuk 5 sen (sekarang secucuk 20sen woo) pun tak beli walaupun air liur meleleh leleh mengidam. kacang rebus 50 sen pun bye-bye. bekal makanan bawak sendiri. tak beli pun kat kantin. duit habis setakat beli kertas kuiz mingguan yang sehelai seposen tu pun sebab berbaloi sebab selalu menang. jadinya muka ni jela yang dok muncul atas pentas tiap kali perhimpunan. gila hadiah sungguh. HAHA.


cukup setahun, sesi pengadilan.


abalong awal-awal kena kick sebab tak catit pun. minggu first je catit.
3 beradik bersaing, muka ni la yang menang sebab berjimat habis. atau terlebih kedekut mungkin. HAHA.



bukti penjimatan

ambik! RM7.30 SAHAJA dalam setahun. sejuk dompet mama abah tahun tu. HAHA.
tapi semua duit tu tak ke mana jugak. masuk la dalam bank masing-masing.

tahun-tahun lepas tu dah tak pakai buku tu dah. semua pakat malas nak catit. jadi boleh belanja puas-puas. HAHA.

tapi sebab dah tak biasa belanja, jadi memang tak belanja lah. sampai la masuk mrsm. 2 tahun pertama boleh kira pakai jari berapa kali masuk koop, berapa kali masuk kafe. tak reti nak beli makanan betul. terima je apa yang ada kat dewan selera. selamat ds sedap. dulu sebelum mara buat jadual menu makanan tu, ds siap buat patin lemak tempoyak! kawkaw punyaa sedap! itu zaman mama ds la kalau korang budak mersing masih ingat mama yang comel.

sekarang, lepas 10 tahun,

sehari, bukan sahaja RM7.30 boleh habis dalam sehari.
RM273.00 pun boleh habis dalam masa tak sampai sejam. habis terus duit simpanan setahun masa kecik-kecik dulu.

duit pulak asyik rasa tak cukup. almaklumlah, kita bila besar ni nak mintak duit kat mak ayah pun segan. dah la dapat elaun mara lagi. lepas tu bila dah rasa kerja sendiri waktu cuti, baru tau susahnya nak cari duit tu macam mana. punya la kedekut nak guna duit hasil titik peluh diri sendiri. dulu masa mintak ayah belikan henset beratus ringgit punya la tunjuk-tunjuk aje macam ikut mak beli sayur kat pasar. sekarang bila setakat adik mintak belikan topup RM30 punya la kedekut nak keluarkan duit sendiri. ehh tapi i tak gitu yer. i bagi free topup kat adik i tau. punya lah kakak yang baik. adik tak dak duit kakak bagi je. bak kata farhana norazman, "nak jadi adik faw!" - (ana, 2009) . kisah benar. tak percaya sudah. HAHA

haishh. cukup.cukup.
nak pergi buat duit. akaun bank dah tahap alert. bye.

wassalam~

3 comments:

Syaheeda said...

haha. i nak jadi partner u sampai bile2 :D

Anonymous said...

i ingat mama comel
weih, sejak zaman biler ds mersing sedap, asyik ikan keras ja...
ini cuba menipu pembaca ni!!

fawani said...

ieda : haha. sure. u kan my soul sister! ;p

kepal : aku makan sedap aje. kau yang memilih sangat kot. haha. :P