In the name of Allah,most gracious,most merciful

20081110

Alhamdulillah...rezeki~

Salam...

hari ni,10 november 2008, merupakan salah satu hari yang Allah berikan rezeki yang sangat2 bernilai bagi saya...

Sambungan Kisah 1..

datang ke kelas...semalam wea mmg cakap nak bagi sesuatu..
apa pulak ni??
hmmm...

sekali dia panggil

Awe : Fawani,mung date cni jap.Aku nok bagi mende nih!
Fawani : Apo dio mung nih gok...takpe la..aku takmau la..simpan je la mende tuh.
Awe : Loh.aku simpan sungguh baru tau! sini laa..
Fawani : Gapo dio mung nih..

Sekali dia keluarkan sarung raket yonex bersama raketnya skali

Fawani : La..kan aku cakap takyah ganti pun takpe~
Awe : Takpe..mung amek aje..pasni mu doh baek g ah maen nuh..kongsi2 duit je lagipun...
Fawani : Laa...susah2 aje korang belikan yang baru...mekasih yer!

wah.wah.wah.baek sungguh mereka2 ni..
ganti balik raketku yang dah lain macam itu
dah la belikan yonex yang baru punyer...
yonex nano speed 8000
!







biaq betui!
perghh.....hui!
setakat wilson tu takde la sampai rm 100 pun..
ni diorang beli tak tau la cecah sampai berapa..
diorang share2 duit nak ganti yang baru...sanggup..
isk2...terharu2!
terimakasih2!!....rezeki..alhamdulillah.. ;)

maka tamatlah kisah 1 . . . . .

seterusnya...ni kisah yang lain pula.
lain daripada yang lain!
hihihi~

tadi..masa lecture maths..
sekali meja bergegar..handphoneku bervibrate..(silent mode)
eh..ada orang call? nombor kl?siapa pula ni?
hmm...abaikan..

sekali tervibrate sekali lagi...
uish..dah dua kali ni..
mesti something yang penting..
angkat je la...

Pemanggil : Hello, ni saudari Nur Farah Ani ke?

Penjawab : Hello..iyer,saya di sini..kenapa?

Pemanggil : Saya daripada Majlis Rekabentuk Malaysia. Saudari ada sertai pertandingan rekabentuk dan submit tentang motorcycle tire device kan? Saya nak informkan yang rekabentuk saudari telah terpilih, tetapi bukan menang yer, masuk ke peringkat final. Surat mengenai butir2 lanjut telah pun dihantar. Jadi sekarang ni awak siap2 kan lah prototaip projek tu..buat kemas2 dan teliti..macam benda yang sebenar yer..

Penjawab : Oh. Baik. Yep. Saya faham

Pemanggil : Jadi,kalau ada apa2 masalah, hubungi saya yer.

Penjawab : Oh. Baik. Nama Encik?

Pemanggil : En Ismail..ok..terima kasih yer..bye

Penjawab : ok..terima kasih! thanks sangat2!!

-panggilan tamat-

perasan tak si penjawab seperti blur sahaja?hahaha.memang pun.terkedu.lepas tu blur sekejap nak catch up cikgu mengajar kat depan..heh~
TERKEJUT!sangat2!

ah.lupa nak cerita.
macam ni....
ni pertandingan rekabentuk under majlis rekabentuk malaysia...
memang setiap tahun ada
sebenarnya afif dah ajak masuk pertandingan ni dari awal tahun lagi..
tapi saya tak ada idea nak buat...
jadi memang tak buat apa2 lah...
sekali masa cuti sem bulan 7...
afif ajak join sekali dengan dia..
projek dah ada...prototaip pun tinggal ubah sikit2 la
dia upgrade projek sem dia yang dulu tu..
i'm only in charge for the documentation part..ala..setakat handle bab printing,tandatangan pengesahan semua tu aje...
so..ok la...dah la projek simple aja...
orang lain pakai autocad..afif design pakai word aje..
hehehe...rezeki...

maka excited la bagitau afif...
afif pun tak percaya jugak!
sedangkan abang dia pun hantar jugak projek...
dia dapat,abang dia tak dapat...
rezeki masing2 kan...
Alhamdulillah...

Jadi benarlah..
Allah tak akan memberikan seseorang itu kesenangan tanpa perlu melalui kesusahan dahulu...
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...
Alhamdulillah lepas sakit & bersusah sebab semuanya..
Allah bagi rezeki yang lebih kpd hamba-Nya yang dapat menempuh dugaan-Nya..
InsyaAllah...


Pengajaran :
Whatever happens, happens for a reason.
Jikalau anda ditimpa kesusahan, pasti ada hikmah di sebaliknya
and I'm really2 believe in that!! ;D
Alhamdulillah...

sekian..
wassalam~

20081109

classmates lagi

Salam..

dah lama tak mengedit gambar...jadi saje2 aja lah edit satu gambar kami sekelas~





saya nampak 'angelic' tak??hahaha.suci murni berpakaian putih ;D
tapi syabil dengan shamsul takde la.... =((
apa2 pun...
taktau kenapa,saya sayang mereka semua! hatsuu! <33


sekian...
wassalam~

20081108

al - kisah

Salam..

hmm...hari ni nak cerita tentang dua kisah..
tak tau lah nak kata kisah duka ke tak..
huhu...

Kisah 1 .
Rakan-rakan lelaki A,B,C dan D telah meminjam raket saya serta rakan-rakan perempuan yang lain sejak bulan puasa tempoh hari. Setelah sekian lama mereka meminjamnya..maka baru-baru ini si C memulangkannya.....

perasaan gembira tak terkata menyambut kepulangan raket kesayangan setelah berminggu-minggu tidak ketemu (walaupun masih belum mampu untuk bermain badminton lagi sehingga hujung tahun ini). Bagi memastikan raket yang dipulangkan adalah betul, maka kami pun membuka lah cover/sampul raket tersebut..

Alangkah dukacitanya hati apabila mendapat tahu rupa terbaru raketku ini yang semakin berbentuk petak,tidak seperti dahulu....


petak.oh petak.

Tiba-tiba si C memberi satu sms kepadaku yang berbunyi :
"Eh,jangan salahkan aku sebab simpan raket2 tu lama sangat.Aku dan D yang simpan."

Maka ku membalas :
"Wahai si C yang budiman, siapakah yang telah mengubah penampilan raketku itu sehingga tidak seperti dalam keadaan normal?"
-wahwah.begitu sopan sungguh ayatku.

Si C membisu...lama juga...
Kemudian baru menjawab...

"Si D yang rosakkan. SALAHKAN si D!"
-aish.patutnye saya la yang buat bunyi marah.ini dia pula nak marah...

Maka saya pun msg lah si D pula :
"Salam,si D, aku cuma nak tanya,kau ade guna raket aku yang wilson tu kan?Aku cuma nak tanya, macam mana sampai boleh jadi bentuk macam tu? Aku tak marah pun...cuma nak tau aja..."
- aih.benar.saya tidak ada perasaan marah langsung.satu kemajuan! ;D

Maka si D mengreply :
"Salam..maaf..baru pulang dari surau..iyer..memang aku yang rosakkan raket tu masa main..dah lama jugak..2 minggu lepas..sori sangat2..aku memang nak bagitau awal2..tapi tak sempat...aku janji aku ganti...sori sangat2 tau!"
-nak bagitau awal?huii..ni mesti sebab takut nak bagitau ni...dah 2 minggu dah rupanya..

Disebabkan saya lambat mengreply sms..maka dia si D pun call :

Si D : Salam.Eh,fawani...sori tau..memang aku yang rosakkan
Saya yang penyabar : Takpe.aku tak kisah pun..n aku tak marah pun..betul
(entah bagaimana sewaktu itu di dalam bilikku sedang diadakan konferens dengan rakan-rakan perempuan mengenai tragedi raket itu..maka berbising-bisinganlah mereka sewaktu ku menjawab panggilan si D - ganti!ganti! (kata mereka))

agaknya si D mendengar kebisingan tersebut
maka tetiba terkeluar dialognya :
Si D : Ah.malunya!
Saya yang penyabar : aih.tak payah malu-malu lah...aku tak marah pun...tak payah ganti pun takpe...
Si D : uish.sedih aje bunyiknyer.takpe..betul aku ganti!sabtu ni aku outing,aku belikan yang baru eh?
Saya yang penyabar : takpe.tak payah la....
Si D : takpe.aku ganti gak..k la..sori tau...sori sgt2...k la..assalamualaikum....

-tamatlah perbualan-


suka hati lah.saya tak kisah kalau tak ganti pun...serius!
adakah saya bersikap terlalu bertolak ansur?


Kisah 2

Kemas - kemas bilik. Basuh la bekas kuih raya hamper dari rumah dulu (kuih dah habis dimakan la) . Teringat Mama kata, bolehlah simpan bekas tu buat jewellery box. Ah benar.
Maka cuci,cuci dan cuci lah (memandangkan kuih raya tu pun dalam cup kertas yang kecik tuh kan..maka tak tercemar lah sangat bekas tu)
Keringkan.tinggalkan la dekat pantry...takkan la ada orang nak ambil pula kan?

Tengahari..sedang makan tengahari..datang si gadis E...

gadis E : Fawani, bekas kuih yang dalam pantry tu yang bentuk bujur tu kau punya kan?
saya : oh.a ah.kenapa? (dia tau itu bekas saya sebab dia pernah makan kuih raya daripada bekas itu)
gadis E : Aku ambil pinjam buat letak kuah kari roti canai
saya : oh,guna sahaja lah...
padahal.dalam hati..'kau hancurkan hatiku dengan sikapmu...'-lagu d massive.cinta ini membunuhku =((

ahh.tak apa lah.tapi nanti boleh ke cuci balik bekas yang dah tercemar dengan kesan kuah kari tu?
takpe lah...

petang..saya pergi ke pantry...nak cuci tupperware...
maka nak buang sisa makanan ke dalam tong sampah.
*duuuummmm!!!!* bagaikan satu panahan di dalam mataku
melihat bekas itu bersama sisa-sisa kari dah bermastautin di dalam tong sampah hitam itu..mungkin dah berbau dan berminyak...tu yang dibuang terus kot...
lagi sekali...
'kau hancurkan hatiku dengan sikapmu...'

arrrr....takpe lah..kecewa juga tidak dapat merealisasikan kata-kata Mama..takde rezeki..takpe lah....tetapi kes ini lagi menyedihkan bagi saya berbanding kisah 1 di atas...mengapa yer????
1. mungkin kerana si E telah mengambil shj bekas itu tanpa memberitahuku terlebih dahulu.
2. entahlah.saya lebih sayang bekas tu kot daripada raket??hahaha...
3. harga raket itu rm50++, sedangkan harga bekas itu free sahaja(hamper kan)

jadi..apa pandangan anda???
pengajaran : Janganlah menganggap harta orang seperti harta kamu sendiri...

bersama-samalah kita mengambil iktibar yer...
sekian kisah hari ini.
wassalam~

20081107

sihat tapi bosan.

Salam...

Alhamdulillah..malam ni dah tak demam..
cuma selesema sikit2. *sniff*sniff*

Kemas2 sikit locker.
sekali terjumpa riben yang bekas kuih raya dulu
aish.lupa nak buat tambah kat masjid disneyland tuh.
takpe2...
tiba2 dapat idea lain pulak!
hihihihihi~




cj7 bersama bowtie baru!! ;D



bow tie yang diikat kemas ;P



beliau berasa macho selepas memakai bow tie.(bajet chuck bass)hihihihi~ ;P



comey kan?? ;)


hihihi.nampak sangat dah bosan sampai takde kerja.
kepada orang sunderland : comey tak?comey tak????comey kan??? ;P

sekian
wassalam~

kurang sihat

Salam..

Kurang Sihat

semalam tak dapat nak pergi kelas.on d way nak pergi kelas sekali 'tersakit' pulak sampai menangis.kesian kawan2 kena papah saya gi sickbay.*terharu.terharu*(malu lah budak2 lelaki tengok semacam aja)

wieda pun sama2 sakit..dia sakit kepala.jadi kami berdua tido,tido dan tido sahaja di sickbay.Petang makan ubat,tido lagi.Malam saya demam pula.Makan ubat.tido.(asyik tido aje semalam)

Hari ni bangun masih demam sikit2+sakit dalam badan.Call Dr Siw, beliau kata telan panadol aje dulu n rehat. kalau jadi makin teruk baru pergi jumpa beliau.

doakan saya cepat sihat ya =)
insyaAllah...

wassalam~

tag lagi lah

Instructions

Remove one question from above and add in your personal question.

Make a total of 20 questions and tag 8 people.
List them out at the end of the post.

Notify them in their cbox that they've been tagged. Whoever does the tag will have blessings from all.

Tagged

1.What's your ambition?
to be a superlady =P (maksudnye lady yg serba boleh laa)

2. Who is more important to you? Friends or boy/girlfriend?
friends. should i say that?

3. How often do you think of committing suicide?
takpernah.berdosa besar tau!

4. Do you think you have enough confidence?
certain things aje la

5. How many babies you want?
tak tau la. takut mawu mengandung dengan keadaan sekarang selepas operate..haisshhh.

6. Favorite perfume/fragrance?
takboleh.nanti mechul marah

7. What is your goal for this year?
habiskan hidup di kedah dengan jayanya.hihi~

8. Do you believe in eternity love?
Yes

9. What's a perfect girlfriend/boyfriend like to u? (List 10)
-yes.of course LOYAL
-responsible
-love me no matter what happens to me (ye la.org dah kurang something kan.maskahwin jatuh(kate kawan2) haisshhh!)
-BERIMAN (yep2.bak kata nina ngan faeza)
-very2 supportive.(susah senang sama2)
-not too serious type. (aha.serius2 sgt menakutkan juga)
-kacak bergaya?(aish.rupa paras tdk penting.asalkan sedap mata memandang ;D)
-tidak selfish (yeah.guys should pay the bills! ;P)
-funny.wee
-prays good things for me everyday ;)

10.What feeling do you love most?
bergembira! ;D

11. What is your bad habit?
bad habit. kalau klaka sgt, gelak susah nak henti sampai nangis2.haha

12. Is there anything you wanna tell the ppl who hates you?
thank you. i love you =P

13. Do you cherish every single friendship of yours?
yup.kawan2 sayang~

14. What does flying means to you?
flying.terbang nak gi uk! ;D

15. What do you crave for the most currently?
telur goreng (masih pantang lg dr operate sampai sekarang.hehe)

16. What’s currently in your mind?
nak baik cepat

17. Describe the person who tagged you in 7 words.
Melissa seorang bekas pelajar MRSM Mersing, Johor (haha.skema sungguh ayat!)

18. What would you really like to do, like right now ?
nak g shopping leh tak? (haha.konfem tak boleh)

19. What will u become in another 10 years to come?
superrlady! haha ;P

20. Who do you hate the most?
nobody.

TAGGING:

1. ladyshy (jgn kata dah jwb jugak tag ni.hihi)
2. zaty nordin (kalau tak bz la)
3. kak akila

20081105

Nukilan lama

Salam...


hmm..saje2 bukak balik buku-buku nukilan zaman lama2 dulu...
tak sangka rajin beno saya buat nukilan yek
hihihihi~
ni antara yang cambest la..
bace yer~

People always said that :
"At least there are 5 person loved you so much..till death!"
I started to think...who are they??
"At least there is a person will think of you, before she/he goes to sleep"
Again...who is that person??

Well...are these phrases are true?
Nobody knows the truth...
Only the 'Only One' does...

So..
I pray to GOD
Please bless all these people
Although I didn't know who are them
Most of all
Thanks to GOD...I could go through this life...
With my loved ones...

Alhamdulillah..... =)

9/10/2005


wow.I wrote this when I'm 15!
hehe.macam tak percaya pula...
hihihi.
sekian sahaja.
wassalam~


Arigatou! (^_^)

Salam...
Dear anda semua,




THANK YOU!
for your great support


now I'm feeling much much better~


wassalam~

20081104

gelaklah lagi

Salam..

hmm..mesti pelik kan cara saya pegang pensel kat dalam post 'new gripping style' tu kan???
unik semacam aja...
gelak aje la...dah biasa kena pun...
kat kelas pun kawan2 tergelak tengok saya grip macam tu..diorang rasa kesian,tapi gelak jugak..
takpe..farah tak kisah

kalau grip cara biasa pakai tangan kanan memang susah sangat2 nak menulis...
yang grip pakai jari manis dgn kelingking tu pun...
sebenarnya memang sakit..tapi tahan aje la..
dua2 jari tu pun antara jari yang cepat cramp..hehehe
nak tulis pakai tangan kiri lambat pulak..
xpe..tahan aje la...

time lecture pun..nak salin notes susah..
tapi takpe..cikgu bagi lecture notes via softcopy..
jadi takde la susah sangat nak study blk...

hmm..kadang-kadang..sedih juga bila ada orang gelakkan kita kan..nak menangis ada jugak..tapi..
sabar itu separuh daripada iman..
biar apa orang nak kata, janji kita jangan patah semangat walau apa pun yang berlaku..

macam bila saya cakap kat cikgu nak hantar lab report pakai softcopy (pakai computer)....
ada kawan-kawan cakap tak aci sebab saya tak payah tulis...
sedih tau!
bukan sengaje tak nak hantar pakai tulisan tangan...
dah tak berkemampuan..nak buat mcm mana kan?
mereka tu tulis tak ada masalah...kalau saya ni boleh tulis normal macam mereka, sudah tentu saya lebih prefer menulis!

macam hari tu masa mc sebulan pun...cuti sebelum raya dapat balik rumah awal daripada kawan-kawan yang lain...
ada juga yang kata tak aci dapat balik awal...dapat cuti lama...
tapi semua ni bukan saya yg minta!cuti sakit.memang la kena rehat lama...
sedih jugak..
memang la niat mereka cakap mcm tu sekadar bergurau..
tapi bergurau macam tu tak sepatutnya berlaku...
orang sakit ni perasaannya sensitif sikit..huhu..

ada pulak yang anggap saya macam o.k.u pulak....
bimbang kalau-kalau in the future saya tak mampu jadi engineer
siap suruh fikir masak-masak sama ada nak stay dalam program spc ni atau nak tukar course yang lebih sesuai dengan kemampuan diri ni...
perghhh...yang ni paling sadis!
memang lah penyakit focal dystonia ni setakat ni takde actual cure..nak bagi hilang 100% penyakit ni takde ubatnya..
tapi i believe that Allah will help me...
lagipun peluang program spc ni datang sekali seumur hidup..
takkan la nak lepaskan peluang nak pergi oversea semata-mata tak boleh menulis aje?
betul tak?

orang lain tak rasa apa yang kita rasa...
jadi kadang-kadang mereka lupa dengan kesusahan yang kita rasa selama ini...
ada orang yang terlebih mengambil berat...
sampai sukar nak memberikan peluang dan harapan kepada kita sebab terlampau risaukan masa depan kita...


ada seorang kawan ni.memang sangat2 memahami.
siap kata kalau dia yang kena semua penyakit yang saya kena..
daripada operation sampai lah sekarang masalah menulis..
mungkin dia tak akan teruskan lagi belajar di kolej......
dia kata yang saya ni tabah...
so..i really appreciate those who give me hope n said that i'm strong enough...
i'll try! walaupun kadang-kadang hati ni agak rapuh dan sedih bila mengenangkan kembali apa yang berlaku pada diri...
tapi don't worry.
I will always be happy for what I have now.. ;D


Allah nak uji hamba-Nya..insyaAllah ada hikmah di sebalik semua ni...

" Ya Allah...kuatkanlah semangat hamba-Mu ini...permudahkanlah jalanku dalam menempuhi hidup ini Ya Allah...."

sekian.wassalam~

20081103

Al - Fatihah

Salam...

semalam tak sempat nak post..
malam buat homework banyak..
lepas tu ada buat bacaan yaasin untuk salah seorang saudara kepada classmate kami yang baru sahaja meninggal dunia petang semalam selepas asar...awe call saya waktu maghrib and informed yang nenek dia baru sahaja kembali ke rahmatullah pada pukul 5.30 petang...
Awe dah balik klate sejak hari khamis lepas lagi...sbb nenek dia dah nampak uzur sangat2...

Jadi..
Mari lah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah nenek awe (my classmate yang dalam post cameron highland tu)
Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman....
Insyaallahh...
Amin.


(saya sayang rakan-rakan FET saya. seorang susah,kami sama2 bantu membantu..masa saya sakit di rumah hari tu pun mereka bacakan yaasin beramai-ramai dan mendoakan kesihatan saya =) <33 )

semoga Allah SWT memberkati niat murni mereka...

Wassalam~

Masjid 'disneyland!' =P (yang dah complete!!!)

Salam..
masjid disneyland tuh..
dah siap!!
comeeyyyyyy!!!!! ;))



pandangan hadapan



pandangan sisi


pandangan belakang

hihi~
apa la nanti reaksi ustaz.
ngehehe. ;D

wassalam~

20081102

Masjid 'disneyland!' =P

Salam....

hihi.
mesti pelik kan dengar tajuk kat atas tu.
macam ni..
ingat tak kat post yang duluuuuu punya.
yang subjek islamic studies kitorang kene buat model masjid
setiap class buat 2 model.
1 boys,1 girls yang buat..
so kami 9 gadis kelas F1 buat la model itu bersama-sama start petang semalam...
so...ni la hasilnya....



dah nampak dah bentuk masjid pink! :DD



habis bersepah bilik tv



ni belum siap habis lagi.tapi dah nampak comeyy!! ;D



ade mcm bangunan kat disneyland tak?? ;P


tapi ni pun tak siap 100% lagi..
heee...comey!diorang cakap kalau kat dunia ni ada masjid macam ni,konfem tak pernah miss solat 5 waktu kat masjid ni..hahaha

huhuhu..umm...kawan2 FET ni xde pun yang blogging lagi..
so tengah nak promote la ni..
syeda dah macam nak mula aje..
dah start draft2 dah
ngehehehe..
lagipun kat sini masing bz lg..
tengok la kalau next year dah ramai orang pulak...

Sekian shj cerita kali ini.
Wassalam~